Monday 28 November 2016

Aksem tumpaskan seludup mercun, beras



KOTA BHARU - Tindakan licik penyeludup yang menyorokkan mercun di dalam sebuah rumah tidak berpenghuni di belakang sekolah di Tegayong, Melor berjaya dikesan sepasukan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dalam serbuan jam 7 pagi di sini pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 3 pagi itu, sepasukan anggota Aksem menyerbu rumah terbabit dan mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam di kawasan ruang tamu.

Komander Aksem Kelantan, Mohd Asri Yahya berkata, kesemua bungkusan plastik itu berjumlah 60 bungkus dan selepas pemeriksaan dilakukan mendapati di dalamnya kotak berisi mercun dan bunga api pelbagai jenis.

“Dipercayai bungkusan itu diseludup dari Thailand melalui pengkalan haram berhampiran dan dipercayai stok untuk dipasarkan di luar Kelantan bagi sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru China.

“Kesemua mercun itu diserahkan kepada pihak kastam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Sementara itu, dalam rampasan berasingan di Kampung Banggol Setol, Pasir Mas pada jam 1 pagi, sebanyak 100 kampit beras siam dirampas.

Sepasukan anggota Aksem Rantau Panjang membuat serbuan ke atas sebuah stor penyimpanan tembakau yang tidak berkunci dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 201 kampit beras siam gred A.

“Setiap satu kampit beras itu dilabelkan 50 kilogram dan disyaki diseludup melalui pengkalan haram Bukit Lata, Jeram Perdah.

“Kesemua beras ini berjumlah 10,050 kilogram bernilai RM60,300 dipercayai dipasarkan sekitar Kelantan,” katanya.

Mohd Asri berkata kes terbabit diserahkan kepada Seksyen Kawal Selia Padi dan Beras, Bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian Industri Asas Tani, Negeri Kelantan untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

Selamat tinggal Peka




TEMERLOH – Tiga pejuang alam sekitar dari Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Pahang yang meletak jawatan minggu lalu akan terus memperjuangkan hak rakyat dan alam sekitar walaupun tidak lagi bersama NGO itu.
Tiga mereka terdiri daripada Pengerusi Peka Pahang, Khaidir Ahmad; Bendaharinya, Saifulnizam Sulaiman dan Exco Peka Pahang, Mohd Nasir Ishak meletakkan jawatan menerusi pengumuman menerusi Facebook Khaidir Ahmad pada 23 November lalu.

“Selamat Tinggal Peka...selepas berbincang dan memikirkan dengan semasak-masaknya, kami ingin memaklumkan bahawa kami dengan hati yang terbuka secara sukarela, meletakkan jawatan masing-masing seperti di atas secara sukarela berkuat kuasa mulai 1 Disember 2016.

“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada kami ketika menyandang jawatan berkenaan selama ini.

“Walaupun sudah tidak menyandang jawatan berkenaan, kami tetap berikrar akan meneruskan perjuangan alam sekitar dalam dimensi dan perspektif baharu berteraskan semangat Perjuangan Rakyat Marhaen Untuk Rakyat Marhaen,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebook Khaidir pada 23 November lalu.

Sementara itu Khaidir sewaktu dihubungi semalam berkata, walaupun meletak jawatan dalam Peka, tetapi perjuangan menentang penjenayah alam sekitar akan diteruskan.

“Setakat ini kami bertiga undur diri, ada beberapa nama lagi akan turut sama dengan kami,” katanya.
Sementara itu Exco Peka Pahang, Mohd Nasir Ishak tanpa mengulas lanjut menyatakan sebab peletakan jawatan itu adalah kerana isu peribadi.

Adun PAS Sokong Kutipan Tol LPT2 Dikurangkan


Adun Sura (Dungun) Cikgu Wan Hapandi Wan Nik menyokong kutipan tol lebuhraya pantai timur 2 (LPT2) dijalankan oleh kerajaan.

Beliau yang hadir ke mesyuarat kedua penggal keempat dewan undangan negeri (DUN) Terengganu ketiga belas semalam di Wisma Darul Iman memberitahu, kita bagi pihak pembangkang (PAS) tidak menentang kutipan tol ini tapi kalau boleh kita mahu infrastrukturnya lengkap dan sempurna dahulu.

Menurut Adun PAS itu lagi, cadangan usul yang ingin dibawa kepersidangan semalam hendaklah ditangguhkan mengikut fasa 30 peraturan- peraturan mesyuarat dun bagi memboleh dewan yg mulia itu merundingkan isu pelaksanaan kutipan tol pada LPT 2 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan julai 2016 .

Selain itu, Wan Hapandi juga berharap kerajaan dapat mengambil kira berhubung kait dengan penggunaan lLPT 2 ini supaya ianya dapat memberikan keselesaan kepada pengguna.

"PAS tidak menghalang pengutipan tol tersebut, biarlah keadaan lebuhraya itu dalam keadaan baik untuk digunakan oleh rakyat'

"kadar tol itu perlulah dikurangkan lagi untuk permulaan ini, kerana rakyat dinegeri pantai timur ini belum biasa dengan kutipal tol itu, ujurnya,.